“Pachinko” akan kembali menemui penonton tak lama lagi!
Terkini, Apple TV+ telah mengumumkan bahawa siri yang telah memenangi anugerah drama di Amerika itu akan kembali dengan musim ke-2 pada tahun ini.
Berdasarkan novel karya penulis Korea- Amerika, “Pachinko” mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga pelarian Korea yang meninggalkan negara asal mereka dan memulakan hidup baru di negara luar.
Bagi musim kali ini, Kim Sung-kyu akan menyertai Lee Min-ho, Kim Min-ha dan Youn Yuh-jung sebagai barisan utama pelakon “Pachinko”.
Musim kedua yang mengandungi sebanyak 8 episod ini akan disiarkan seminggu sekali, bermula 23 Ogos ini sehingga 11 Oktober.
Korang dah sedia ke belum?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.