Ikuti Kami:

Penantian 10 Tahun Berbaloi! CNBLUE Beri Persembahan Mantap Buat 5,000 Peminat Di KL

Penantian 10 Tahun Berbaloi! CNBLUE Beri Persembahan Mantap Buat 5,000 Peminat Di KL

Tidak sia-sia nampaknya peminat tempatan menantikan selama 10 tahun untuk menonton persembahan kumpulan CNBLUE beraksi di hadapan mereka!

Kumpulan rock dari Korea Selatan itu berjaya memukau hampir 5,000 penonton sewaktu konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena, KL, pada 20 April, baru-baru ini.

CNBLUE yang dianggotai oleh Jung Yong-hwa (vokalis, gitaris, keyboard), Lee Jung-shin (bass) dan Kang Min-hyuk (dram) memulakan persembahan pada jam 8 malam itu dengan lagu hit ‘I’m a Loner’.

Cnblue kl

Ternyata bukan penonton sahaja yang merindui untuk menonton persembahan CNBLUE, malah ketiga-tiga anggota kumpulan yang ditubuhkan pada 2009 juga teruja untuk menghibur peminat setia mereka.

Konsert anjuran Hit Maker Entertaiment dan Lo-Fi Entertainment yang berdurasi hampir tiga jam itu berjaya melepaskan kerinduan peminat yang digelar BOICE.

Sepanjang konsert berlangsung CNBLUE telah mendendangkan 24 buah lagu popular mereka antaranya Love, Intuition, Hey! You, Imagine, Lady, Coffee Shop, Cinderella, Between Us, Young Forever dan Love Girl.

Cnblue kl

Selain menghibur penonton dengan gaya dan aksi yang mantap, anggota CNBLUE juga sempat mempelajari beberapa patah perkataan daripada penonton.

Akhirnya, kami dapat juga hadir ke Malaysia. Kira-kira 10 tahun kami menanti peluang ini. Kami janji akan datang lagi ke Malaysia dalam tempoh terdekat dan bukan 10 tahun akan datang.

Tambahnya lagi.

Saya akan datang lagi kerana saya sayang awak semua, janji. Awak semua mantap.

Cnblue kl

Ketiga-tiga anggota CNBLUE kelihatan bersungguh-sungguh cuba berkomunikasi dalam bahasa Melayu selepas diajar oleh penonton. Antara perkataan yang diajar oleh penonton adalah ‘mantap gila’, ‘saya sayang awak’, ‘janji’ dan beberapa perkataan lokal lagi.

Makin sayang CNBLUE!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...