Ikuti Kami:

Penangan ‘The Red Sleeve’, Lee Junho Terima Banyak Tawaran Lakonan & Bayaran Meningkat RM351K

Penangan ‘The Red Sleeve’, Lee Junho Terima Banyak Tawaran Lakonan & Bayaran Meningkat RM351K

Disebabkan “The Red Sleeve” membawa demam ‘drama bersejarah’ dalam kalangan peminat K-Drama, nampaknya Lee Jun-ho menjadi rebutan ramai kini.

Bukan hanya kerana plotnya yang menarik, namun watak Yi San yang dibawa oleh Lee Jun-ho meninggalkan impak buat penonton dek lontaran suara yang tegas dan ekspresi wajah yang beremosi lantas membuktikan kemampuan ahli 2PM itu sebagai pelakon hebat.

Menerusi laporan media, nilai Lee Jun-ho sebagai pelakon telah meningkat dua kali ganda dalam masa setahun selepas membintangi “The Red Sleeve”. Katanya, lelaki itu menerima pelbagai tawaran dari industri drama dan perfileman kerana bakatnya itu. Bahkan terdapat beberapa projek yang sudah pun ditolak secara berhemah olehnya.

junho the red sleeve

Kata ketua syarikat produksi,

Jun-ho asalnya diberikan tawaran kerana lakonannya yang bagus tapi kali ini, ‘The Red Sleeve’ menjadi popular dan dia diangkat sebagai bintang kelas a yang sempurna.

Tambahnya lagi, perasaan ini adalah sama seperti memberikan tawaran buat Kang Ha-neul selepas “When The Camellia Blooms” menamatkan tayangan.

Dalam pada itu, pihak industri meramalkan bahawa bayaran per episod buat Lee Jun-ho sudah meningkat dengan banyak. Tidak didedahkan secara spesifik, namun ianya mungkin sudah meningkat sebanyak 100 milion won (RM351K)ataupun lebih daripada bayaran asalnya.

lee junho

Selain itu, idola itu menerima jemputan untuk rancangan hiburan, pengiklanan, shooting majalah serta majlis daripada jenama besar.

Walaupun menjadi pilihan ramai, namun agensinya mengatakan bahawa mereka tidak mahu tergesa-gesa memilih projek baru Lee Jun-ho buat masa ini. Tambahan pula, dia sedang sibuk dengan persiapan perjumpaan peminat yang bakal berlangsung pada hujung Januari nanti.

Walaubagaimanapun, jangan risau, kerana Lee Jun-ho ada menyebut bahawa dia akan cuba kembali dengan naskhah baru dalam tahun ini juga.

Akhirnya bakat Lee Jun-ho diperakui ramai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...