Ikuti Kami:

Penangan Perkahwinan Hyunbin & Son Yejin, ‘Crash Landing On You’ Trending Semula Di Laman Penstriman

Penangan Perkahwinan Hyunbin & Son Yejin, ‘Crash Landing On You’ Trending Semula Di Laman Penstriman

Rasanya ramai yang gembira dengan berita perkahwinan pasangan ‘Binjin’ kan?

Tidak dinafikan bahawa pasangan ini mendapat sokongan ramai dek keserasian mereka di dalam drama “Crash Landing On You”. Bukan sahaja popular di Korea, drama itu malahan menjadi kegilaan peminat K-Drama di serata Asia.

Mungkin mahu mengimbau memori indah drama itu, tak disangka ianya kembali tersenarai dalam ranking Netflix di beberapa negara sejak beberapa hari ini.

netflix crash landing on you

Malah “Crash Landing On You” tersenarai tinggi di beberapa negara seperti Jepun, Hong Kong dan Thailand. Di Malaysia pun, drama itu duduk selesa di tangga ke-8 meskipun sudah hampir 2 tahun menamatkan tayangan.

Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan tentang cinta melangkau sempadan antara seorang waris orang kaya Korea Selatan iaitu Yoon Se-ri (Son Ye-jin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Jung-hyuk (Hyun Bin).

netflix crash landing on you

Dalam pada itu, pasangan ini disahkan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac ini di dalam sebuah majlis tertutup di Seoul.

Hebat betul penangan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...