Dalam rancangan “Special Reporter 25 Hours”, Jun Hyun-moo dan Kim Sook telah menjajah sekitar Jepun untuk mencari barangan terkenal dari negara tersebut.
Antara salah satu barang yang diperkenalkan ialah sabun yang khususnya digunakan di bahagian punggung,
Mendengar itu, Yang Se-chan bertanya sambil ketawa,
Sampai mana kena cuci sebenarnya?
Tambah Jun Hyun-moo,
Sabun ini jadi popular sebab Jennie BLACKPINK tunjukkannya semasa membeli-belah di Jepun. Disebabkan Jennie, jualan sabun tu naik mendadak.
Hal ini membuktikan bahawa ahli BLACKPINK itu mempunyai pengaruh besar, bahkan barang kegunaan seharian seperti itu pun berjaya menjadi popular hanya kerana dia menyebut mengenainya.
Korang pun rasa macam nak beli kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.