Ikuti Kami:

Penangan Han Seojun! Pengikut IG Hwang Inyeop Menaik Lebih 5 Juta Sejak ‘True Beauty’ Ditayangkan

Penangan Han Seojun! Pengikut IG Hwang Inyeop Menaik Lebih 5 Juta Sejak ‘True Beauty’ Ditayangkan

Kalau anda perasan, makin mencanak-canak naik populariti pelakon Hwang In-yeop kini!

Lelaki itu nyata terpijak tuah apabila berjaya memikat hati penonton drama “True Beauty” selepas membawa watak Han Seo-jun yang cintanya hanya bertepuk sebelah tangan namun kekal gentleman dan menjaga wanita disukainya dalam diam. Alahai sweet!

Walaupun hanya mengecap populariti setelah memasuki usia 30 tahun, namun Hwang In-yeop nampaknya akan terus mahu lagi dalam dunia lakonan dalam tahun 2021 ini.

hwang inyeop

Bukan saja-saja sembang, memang terbukti lelaki ini mengecapi populariti dalam masa yang singkat. Bayangkan semasa “True Beauty” belum ditayangkan, dia hanya mempunyai pengikut Instagram seramai 353,000 sahaja (13 Oktober 2020) namun ianya terus melompat dua kali ganda kepada 992,771 (18 DIsember 2020) selepas episod ketiga drama remaja itu ditayangkan.

Memang hebat betul Hwang In-yeop kerana sejak daripada itu, dia telah meraih pengikut 5 juta lagi pengikut dan dia mempunyai seramai 6 juta kini. Wow!

Nampaknya ramai betul yang jatuh hati dengan Han Seo-jun ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...