Nampaknya, masih ramai yang tidak dapat ‘move on’ dari penampilan V BTS, Lisa BLACKPINK dan Park Bo-gum di pertunjukan ‘Celine’ Minggu Fesyen Paris Lelaki.
Minggu lalu pada 24 Jun, ketiga-tiga bintang itu menuju ke Paris bersama-sama dengan menaiki jet peribadi, bagi menghadiri Pertunjukan Fesyen Musim Panas Lelaki CELINE 2023.
Penampilan V, Lisa, dan Park Bo-gum di pertunjukan ‘Celine’ di Paris pada 26 Jun sebagai wakil Korea Selatan, terus menjadi tajuk utama apabila mereka dilihat berinteraksi antara satu sama lain dan mengambil gambar bersama dengan artis lain yang turut tampil di acara itu.
https://twitter.com/MyKoreanDramaID/status/1541294457190219776
Melihat ketiga mereka dalam satu gambar bersama, netizen tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dengan menulis,
Kuasa yang mereka pegang, ikon global dan legenda.
Trio paling mahal.
Raja dan ratu kpop, raja kdrama ❤️😍
Untuk pengetahuan, V dan Park Bo-gum telah dijemput secara peribadi oleh pengarah kreatif ‘Celine’ Hedi Slimane, manakala Lisa BLACKPINK dijemput sebagai duta global jenama mewah itu.
Sukanya tengok trio ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.