Ikuti Kami:

Penampilan Pertama Chen EXO Selepas Keluar Dari Khidmat Ketenteraan Curi Perhatian Netizen

Penampilan Pertama Chen EXO Selepas Keluar Dari Khidmat Ketenteraan Curi Perhatian Netizen

Setelah lama menyepi dalam dunia industri hiburan, pasti ramai peminat yang merindukan Chen dari kumpulan EXO, kan?

Terbaru pada 7 Julai, Chen EXO dilihat berada di Lapangan Terbang Incheon untuk berlepas ke London.

Untuk pengetahuan, Chen akan menghadiri ‘Hallyu Pop Fest’ di London sebagai salah seorang yang akan membuat persembahan. Artis lain yang turut hadir di festival itu adalah termasuk rakan ahli EXO Kai, ASTRO, SF9, Hwasa MAMAMOO, KEP1ER dan ramai lagi.

chen exo

Khususnya, penampilan pertama Chen selepas menjadi bapa dan setelah menamatkan khidmat ketenteraannya pada April lepas, telah mencuri perhatian netizen. Antara komen peminat dan netizen mengenai Chen:

Akhirnya Chen!!! Saya rindu awak sangat-sangat.

 

Dia nampak makin berseri.

 

Tak sabar nak lihat Chen buat persembahan!!

Sekadar info, Chen telah berkahwin pada 2020 dan kini mempunyai dua orang anak. Idola itu juga baru sahaja menamatkan khidmat ketenteraannya pada April lepas.

‘Handsome’ lah Chen!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...