Peminat Titip Ucapan Tahniah, Go Sunghee Kini Sah Bergelar Isteri!
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Pelakon Go Sung-hee dah tamatkan zaman bujang?
Artikel Berkaitan
Baru-baru ini, menurut sumber media, OSEN, mendedahkan bahawa pelakon Go Sung-hee sudah melangsungkan perkahwinan semalam, 20 November, bersama kekasih hatinya.
Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup untuk menghormati privasi pasangannya yang merupakan seorang individu bukan selebriti.
Dek kerana perkongsian berita mengenai perkahwinannya, rata-rata dalam kalangan peminat sempat menitipkan ucapan tahniah buat pelakon itu dan pasangannya.
Menurut agensi, Go Sung-hee masih akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon walaupun kini bergelar seorang isteri.
Tahniah Go Sung-hee dan pasangan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




