Ikuti Kami:

Peminat Teruja Lihat Jisoo BP & Byeon Wooseok Duduk Bersebelahan Untuk Tonton Filem Bersama

Peminat Teruja Lihat Jisoo BP & Byeon Wooseok Duduk Bersebelahan Untuk Tonton Filem Bersama

Sedang berehat dari aktiviti BLACKPINK, Ji-soo nampaknya sedang sibuk dalam industri lakonan pula kini.

Baru-baru ini, tayangan perdana untuk filem “Victory” telah berlangsung dan dihadiri ramai pelakon hebat yang memberi sokongan termasuklah Ji-soo dan Byeon Woo-seok.

Untuk pengetahuan, filem tersebut turut dibintangi Hye-ri, yang merupakan sahabat kepada kedua-dua pelakon itu.

Menerusi video yang dikongsi, netizen rata-rata teruja melihat Byeon Woo-seok dan Ji-soo duduk bersebelahan untuk menonton filem itu, membuatkan ramai kagum dengan visual mereka.

Meninjau di ruangan komen, ramai berharap agar satu hari nanti mereka dapat bekerjasama dan berlakon dalam satu naskhah yang sama.

Cepatlah mana-mana penerbit amik diorang berlakon sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...