Ikuti Kami:

Peminat Teruja Lihat Foto Song Hyekyo & Jang Kiyong Bagi Drama ‘Now We Are Breaking Up’

Peminat Teruja Lihat Foto Song Hyekyo & Jang Kiyong Bagi Drama ‘Now We Are Breaking Up’

Sudah sekian lama tidak menyerikan skrin televisyen penonton K-Drama, sudah semestinya ramai yang dah tak sabar nak tengok drama lakonan Song Hye-kyo kan?

“Now We Are Breaking Up” menceritakan kisah Ha Young-eun iaitu seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

sbs now we're breaking up

Manakala Jang Ki-yong akan pula menggalas tanggungjawab melakonkan watak Yoon Jae-guk, jurugambar kaya yang mempunyai rupa dan juga kebijaksanaan.

Bagi meningkatkan jangkaan penonton, SBS telah meriliskan beberapa gambar daripada drama tersebut.

Belum dapat dipastikan lagi tarikh tayangan “Now, We Are Breaking Up” pastinya sudah menarik perhatian ramai. Tambahan pula, ada pelakon sampingan seperti Kim Ju-hun, Sehun (EXO) dan Yura (Girls’ Day).

Padan betul visual Song Hye-kyo dan Jang Ki-yong kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...