Ikuti Kami:

Peminat Teruja, Jungkook BTS Tayang ‘Six Pack’ Dalam Gambar Teaser ‘GOLDEN’

Peminat Teruja, Jungkook BTS Tayang ‘Six Pack’ Dalam Gambar Teaser ‘GOLDEN’

Boleh luruh jantung tengok gambar teaser album baru Jung-kook..

Jung-kook yang bakal melakukan kemunculan semula pada November ini telah mengeluarkan gambar teaser pertama bagi album solonya ‘GOLDEN’.

Tepat 6 Oktober waktu Korea, Jung-kook telah mengeluarkan gambar teaser pertama iaitu ‘SHINE’ yang merupakan salah satu versi bagi album ‘GOLDEN’ di akaun sosial media rasmi BTS.

Memandangkan visual berkaitan dengan album barunya itu didedahkan melalui gambar teaser ini, potret Jung-kook telah menaikkan lagi jangkaan dan membuat peminat berasa teruja untuk menunggu album itu dikeluarkan.

Foto versi ‘SHINE’ telah menunjukkan situasi dimana Jung-kook dengan yakin memandang di hadapan skrin TV yang sedang memaparkan imejnya. Walaupun berdiri tanpa sebarang gaya yang istimewa, dia telah berjaya mencipta aura unik hanya dengan kehadirannya sahaja. Sekali gus menunjukkan auranya sebagai seorang bintang pop global.

Gambar yang diambil diatas podium putih telah mempamerkan tubuh badannya yang menggiurkan, menarik perhatian peminat di seluruh dunia. Malah, wajahnya yang matang serta pandangan matanya yang mendalam telah meninggalkan kesan mendalam di hati peminat.

jjk

Ahli BTS itu juga bakal mengeluarkan gambar konsep tambahan pada 7 dan 8 Oktober ini dan diikuti dengan kandungan-kandungan yang lain sebelum mengeluarkan album solo pertamanya itu pada 3 November.

Tak sabar nak tunggu gambar yang seterusnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...