Drama “Queen of Tears” lakonan Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won merupakan antara drama yang paling dinantikan ramai dan baru-baru ini pasukan produksi drama tersebut telah mengeluarkan gambar teaser terbaru.
Sejurus selepas gambar itu dikeluarkan, ianya telah berjaya meraih perhatian ramai dan tular di media Cina dengan lebih 100 juta tontonan.
Di mana, rata-rata peminat di Cina telah memuji visual pasangan itu serta meluahkan keterujaan mereka untuk menonton drama tersebut.
Bukan itu sahaja, peminat turut mendapati bahawa gambar teaser babak perkahwinan yang dikongsi itu juga telah diinspirasikan daripada perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Hyunbin dan Son Ye-jin.
Hong Haein and Baek Hyunwoo’s wedding is so binjin coded 🥹🥹🥹#QueenOfTears pic.twitter.com/Y7GxbjC4ZM
— daisy han (@kdramadaisy) February 15, 2024
Disebabkan drama “Queen of Tears” ini telah ditulis oleh penulis yang sama dengan drama “Crash Landing On You”, peminat merasakan bahawa penulis itu telah membuat keputusan untuk melakonkan semula memori indah pasangan suami isteri tersebut dalam karya barunya.
Drama yang paling dinantikan ramai ini akan mula ditayangkan pada 9 Mac.
Tak sabarnya nak tunggu drama ini ditayangkan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.