Ikuti Kami:

Peminat Terkejut Lihat Perubahan Ketara Bang Yedam Selepas Keluar TREASURE

Peminat Terkejut Lihat Perubahan Ketara Bang Yedam Selepas Keluar TREASURE

Selepas keluar dari kumpulan TREASURE, peminat pastinya menantikan kemas kini terbaru mengenai Bang Ye-dam.

Bagi yang belum tahu, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa Bang Ye-dam dan Mashiho bukan lagi ahli TREASURE pada November 2022 lalu.

Terbaru, Bang Ye-dam telah memuat naik satu foto di Instagram peribadinya, mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang terbaru kini.

Khususnya, idola lelaki itu tampil dengan badannya yang berotot dan bahunya yang lebar, sangat berbeza dari penampilannya sebagai ahli TREASURE sebelum ini.

Pada 29 Mei, ada seorang peminat menulis satu kenyataan kepada Bang Ye-dam di Instagram yang berbunyi,

Dah lama tak jumpa Ye-dam, saya terkejut tengok badan awak makin besar sebab otot.

Respon penyanyi itu sambil menyiarkan videonya ketika di gim,

Saya pun terkejut.

Fuh lain macam!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...