Utama Celebrity News “Kenapa Dia Nampak Tua?”- Peminat Terkejut Lihat Penampilan ‘Rugged’ Daniel Henney

“Kenapa Dia Nampak Tua?”- Peminat Terkejut Lihat Penampilan ‘Rugged’ Daniel Henney

peminat terkejut lihat penampilan rugged daniel henney

Siapa sahaja tak kenal dengan pelakon kacukan Korea-Amerika, Daniel Henney? Mula menggoncang dunia lakonan Korea dengan wajah kacaknya menerusi penampilan dalam drama “My Lovely Kim Samsoon”. Dia kemudiannya mula mencipta fenomena apabila watak Tadashi dalam “Big Hero 6” disuarakan olehnya. Hebat!

Lagi mengagumkan apabila Daniel Henney telah memainkan watak dalam salah satu drama popular di Amerika Syarikat iaitu “Criminal Minds” dan juga “Hawaii-Five-O.” Nampaknya walaupun sudah mengecap usia 40 tahun, karier seni lelaki itu kian menjadi-jadi!

peminat terkejut lihat penampilan rugged daniel henney

Sudah lama berada di Amerika Syarikat, sudah pastinya ramai peminat Korea yang merinduinya. Sudah betul nak nampak kelibat Daniel Henney selepas dah popular di Barat! Akhirnya lelaki berbadan tegap itu membuat kemunculan pada sebuah majlis ‘Parti Hari Krismas’ yang dianjurkan oleh McDonald’s di Gangnam, Seoul.

peminat terkejut lihat penampilan rugged daniel henney

Walaubagaimanapun, ramai terkejut melihat perubahan wajah Daniel Henney yang kelihatan sedikit tua daripada apa yang mereka biasa lihat. Mungkin juga disebabkan oleh janggut dan misai yang memenuhi wajahnya.

“Betulkah ini Henney?”

“Awak… masa untuk bercukur…”

“Bukan, bukan ini…”

“Tolonglah jangan bela misai sekiranya anda bukan Cha Seungwon, serius.”

“Kenapa dia nampak macam tua?”

Pun begitu, ada yang menebak ini mungkin disebabkan oleh wataknya dalam drama bersiri “Wheel Of Times” yang memerlukannya membina badan dan mempunyai rupa yang kasar.

Tak kisahlah rupa macam mana pun, Daniel Henney tetap kacak bergaya walaupun dah masuk empat siri.

Sumber: Netizenbuzz, TheCeluv

Loading...