Pada 27 Mac 2022, ahli BLACKPINK yang berasal dari Thailand iaitu Lisa, telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25!
Tidak seperti 2 tahun sebelum ini, Lisa BLACKPINK telah meraikan hari lahirnya bersama keluarga dan rakan-rakannya di Thailand, tempat kelahirannya. Melihat artis kegemaran mereka, peminat nampaknya ‘terharu’ apabila Lisa nampak teruja dan gembira dalam foto yang dimuat naik ketika di majlis sambutan hari jadinya.
Tambahan pula, ini juga merupakan kali pertama Lisa pulang ke tanah airnya setelah hampir 3 tahun, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
https://twitter.com/lisashots/status/1508088739402240005
Ketika di majlis perayaan hari lahirnya yang ke-25, Lisa dilihat memakai gaun comel berwarna biru cair dengan rambutnya diikat dengan gaya ‘ponytail’. Memang cute betul! Lisa juga telah memuat naik gambar di Instagram dengan mengucapkan rasa terima kasih atas cinta dan ucapan yang diberikan buatnya,
Saya sangat gembira kerana tahun ini saya dapat menyambut hari lahir saya bersama keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih semua kerana menjadikan satu tahun lagi hari jadi saya begitu istimewa 💗
Selamat ulang tahun yang ke-25 buat Lisa!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.