Meskipun abang kandung sudah tiada, Moon Sua mempunyai ramai ‘abang’ lain yang menjaganya kini.
Terbaru pada 7 Oktober, salah seorang ahli ASTRO iaitu Cha Eun-woo telah berkongsi beberapa gambar di Instagram Story, yang menunjukkan dirinya, Jinjin, San-ha dan adik mendiang Moon-bin, Moon Sua BILLLIE sedang keluar bersama.
Dalam foto yang dimuat naik, mereka berempat dilihat sedang meluangkan waktu di ladang rusa dan di tepi pantai.
Apa yang lebih menyentuh hati, Cha Eun-woo juga turut meletakkan pautan lagu San-ha yang didedikasikan untuk mendiang Moon-bin, di Instagram Story yang dikongsi.
Untuk pengetahuan, Moon Sua sedang berehat dari segala aktiviti BILLLIE kini dek masalah kesihatan. Oleh itu, peminat gembira melihat wanita itu dijaga oleh abang-abangnya.
Lega tengok Moon Sua happy..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.