Ikuti Kami:

Peminat Taeyeon Hantar Trak Tanda Protes, SM Entertainment Beri Respon

Peminat Taeyeon Hantar Trak Tanda Protes, SM Entertainment Beri Respon

Akhirnya, SM Entertainment telah memberi respon.

Baru-baru ini, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjawab aduan peminat Tae-yeon dari kumpulan Girls’ Generation.

Terdahulu, beberapa peminat Tae-yeon telah membantah pengurusan SM Entertainment, malah menghantar trak protes ke bangunan syarikat untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

Taeyeon

Antara isu lain, peminat telah mengadu tentang lokasi kecil yang dipilih oleh agensi untuk jelajah konsert Tae-yeon “THE ODD OF LOVE” yang sedang berlangsung. Selain itu, ada juga yang meluahkan rasa kebimbangan mereka kepada entri berniat jahat yang dihantar kepada wanita tersebut.

Terbaru, agensi akhirnya telah memberi respon mengenai protes berkenaan.

Kenyataan penuh SM Entertainment adalah seperti berikut:

Helo, ini SM Entertainment.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ramai peminat yang sentiasa menunggu muzik dan aktiviti baharu Tae-yeon dengan penuh penantian dan keterujaan. Kami telah melihat banyak pendapat yang dihantar kepada kami baru-baru ini oleh peminat mengenai Tae-yeon, dan kami membuat kenyataan untuk menanganinya.

Kami akan mendengar dengan teliti banyak suara peminat Tae-yeon mengenai konsert semasa dan aktiviti masa depannya, dan kami akan bekerja lebih keras untuk mengumpul pendapat ini dan memastikan pendapat itu ditangani.

Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kritikan dan sokongan anda dan kami berjanji bahawa akan lebih teliti dalam menyokong muzik di masa depan Tae-yeon dan pelbagai aktiviti.

Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi artis kami, dan kami akan membalas budi peminat atas semua minat dan sokongan anda.

Terima kasih.

Semoga semuanya yang baik je untuk Tae-yeon.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...