Siapa sangka, pelakon Song Kang dan ahli NCT Jae-hyun akan berinteraksi antara satu sama lain?
Pada 19 Jun, Song Kang dan Jae-hyun telah menghadiri pertunjukan ‘S/S 2023 Menswear Collection’ bagi jenama Prada di Milan, Itali, sebagai wakil Korea Selatan.
Jae-hyun mempamerkan rupa bergaya serba hitam yang diilhamkan oleh fesyen retro, manakala Song Kang memakai sut kelabu yang mewah. Memang kacak betul!
https://twitter.com/yunotized/status/1538499878212767744
Apa yang membuatkan peminat lebih teruja, apabila Jae-hyun dan Song Kang dilihat berbual bersama, duduk bersebelahan dan bergambar bersama dengan ramai bintang popular lain seperti Louis Partridge, Metawin dan ramai lagi.
Tambahan, Jae-hyun NCT telah dipilih sebagai duta baharu bagi jenama Prada, sejurus selepas penampilannya di pertunjukan jenama itu baru-baru ini.
Dah ‘kamceng’ dah Song Kang dengan Jae-hyun!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.