Kumpulan gadis ‘KARA’ telah mengeluarkan lagu baharu.
Berjudul ‘Hello’, comeback ini menarik perhatian ramai kerana merka turut menyelitkan suara Goo Ha-ra yang sudah meninggal dunia 5 tahun yang lalu.
Lagu ini bertemakan pertemuan dan perpisahan, dan ia adalah lagu yang tidak diterbitkan dari album studio ke-4 KARA pada tahun 2013, serta lagu yang dimasukkan dalam album solo Jepun oleh mendiang Goo Ha-ra kira-kira sepuluh hari sebelum kematiannya.
Lagu ini telah diolah semula dengan rakaman semula oleh anggota KARA dan rakaman asal Goo Ha-ra.
KARA akan mengeluarkan album single digital yang mengandungi lagu ini minggu depan dan mengadakan konsert solo di Tokyo dan Osaka, Jepun, bulan depan.
Sedihnya…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.