Ikuti Kami:

Peminat ‘Running Man’ Kecewa Haha & Yoo Jaesuk Beri Sokongan Buat Jenama Sedang Diboikot

Peminat ‘Running Man’ Kecewa Haha & Yoo Jaesuk Beri Sokongan Buat Jenama Sedang Diboikot

Umum mengetahui bahawa seluruh dunia menunjukkan solidariti yang menyeluruh buat Palestin yang menjadi mangsa serangan pendatang iaitu Israel.

Meskipun tidak dapat memberikan bantuan secara langsung di sana, namun kebanyakan penyokong memulakan misi untuk memboikot pelbagai jenama yang secara terbuka berpihak pada Israel.

Disebabkan oleh itu, ramai yang meluahkan rasa kesal apabila melihat segelintir idola K-Pop seperti Jeon So-mi, Hoshi SEVENTEEN, Yong-hwa CNBLUE, Jennie dan Jisoo dari BLACKPINK memuat naik foto minuman Starbucks yang merupakan antara jenama menerima boikot terbesar kini.

Seperti dirancang, ada yang menyatakan jenama ini membayar para selebriti memandangkan secara tiba-tiba kesemua mereka memuat naik foto bersama minuman itu selain turut muncul di tempat awal dengan memegang bekas minuman Starbucks.

yoo jaesuk

Terbaru, nama Yoo Jae-suk turut disebut-sebut selepas dilihat mempromosikan set minuman Starbucks yang boleh dibancuh di rumah dalam salah satu episod “Pinggyego”. Walaupun episod itu disiarkan dua bulan lalu namun ramai yang kekal mengkritik memandangkan sudah lebih 80 hari konflik Palestin-Israel ini dilaporkan secara meluas oleh media dunia.

Bukan itu sahaja, Haha turut dikecam kerana mengubah gambar profil di Instagram di mana terdapat logo jenama makanan segera yang popular di seantero dunia di mana ia juga turut diboikot secara besar-besaran kini.

Malah Doyoung dari NCT juga dikecam apabila diumum sebagai duta untuk jenama makanan segera yang sama baru-baru ini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...