Ikuti Kami:

Peminat Puji Punya Bentuk Badan Cantik, Ini Tips Kecantikan Go Younjung

Peminat Puji Punya Bentuk Badan Cantik, Ini Tips Kecantikan Go Younjung

Baru-baru ini, kecoh pasal Lee Jae-wook datang ke Malaysia.. Kali ini ‘isteri’ dia pula jadi bualan ramai.

Bagi yang mengikuti perkembangan drama “Alchemy Of Souls” musim kedua, rata-rata dalam kalangan penonton memuji keserasian di antara Go Youn-jung dan juga Lee Jae-wook.

Selain menunjukkan kualiti lakonan yang mengagumkan menerusi drama tersebut, kecantikan tubuh badan Go Youn-jung juga menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat.go younjungMempunyai ketinggian 167 sentimeter, pelakon itu dilihat mempunyai susuk tubuh yang sangat diidami oleh para gadis di luar sana. Go Youn-jung juga berkongsi sendiri, ada beberapa tips yang dilakukan dalam rutin hariannya untuk mengekalkan bentuk badan menawan.

1.Beri perhatian kepada postur badan

Mula debut dalam industri hiburan Korea sebagai seorang model, Go Youn-jung berkata dia sangat mementingkan paras rupanya di hadapan kamera. Jadi, dia lebih mementingkan postur badannya daripada perkara lain.

Dia akan sentiasa melihat dirinya di cermin dan menegakkan postur badan serta cuba ‘menyedut’ perutnya sebagai suatu kebiasaan. Malah, dia juga menjadikan beberapa senaman sebagai rutin dengan membentuk otot, mengurangkan lemak di bahagian terkumpul di bahagian belakang badan dan di bahagian bawah abdomen.

go younjung

2. Menghadkan pengambilan karbohidrat dan minum air dengan banyak

Diet juga merupakan antara perkara penting dalam kehidupan sehariannya. Dia mengamalkan pengambilan karbohidrat yang terhad dan cuba meminum air putih sebanyak mungkin.

Walaupun akan ada ketika, dia ingin menikmati makanan berkarbohidrat, dia akan memilih sumber karbohidrat yang sihat seperti ubi keledek dan beras perang.

go younjung

3. Balet dan senaman pilates

Go Youn-jung juga berkongsi bahawa dia pernah melakukan latihan tarian balet untuk satu watak namun, dia mula melakukan tarian itu dengan lebih kerap kerana dia kian menggemarinya.

Balet merupakan tarian yang berupaya untuk memulih dan membina otot dengan baik, membentuk postur badan dan juga bentuk garisan di badan tanpa menjadikan badan seseorang itu ‘bulky’.

Ha nampak tak… bukan senang tau nak cantik…

Korang cuba la tips dari Go Youn-jung ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...