Ikuti Kami:

Peminat Muslim Puji BTS Hentikan Latihan Konsert Semasa Laungan Azan Di Riyadh

Peminat Muslim Puji BTS Hentikan Latihan Konsert Semasa Laungan Azan Di Riyadh

Rasanya semua dah sedia maklum yang kumpulan K-Pop iaitu BTS sememangnya popular di seluruh dunia. Sebut sahaja nama mereka, pasti semua kenal! Bukan sahaja digilai kerana visual mereka tetapi kerana muzik yang dikeluarkan oleh kumpulan lelaki itu sangat mantap dan sedap. Sampaikan ramai artis terkenal seperti Lizzo, Becky-G, Nicki Minaj dan banyak lagi berebut-rebut mahu berkolaborasi bersama mereka.

Kerana terlampau sibuk menjelajah banyak negara bagi berjumpa dengan peminat mereka iaitu ARMY sepanjang tahun lepas dan juga tahun ini, BTS telah berehat seketika bagi memulihkan semula tenaga mereka. Kini, mereka telah kembali meneruskan konsert jelajah mereka selepas hampir sebulan berehat.

Kalau anda nak tahu. mereka bakal mengadakan konsert buat julung kalinya di Riyadh, Arab Saudi. Jangan terkejut sebab memang ramai peminat K-Pop yang berasal daripada sana. Lihat saja konsert pertama K-Pop yang diadakan di sana baru-baru ini iaitu konsert kumpulan Super Junior di Jeddah. Ramai gila peminat Arab yang serbu!

bts berhenti latihan konsert apabila terdengar azan

Konsert “Speak Yourself” bakal berlangsung pada 11 Oktober ini dan rata-rata ARMY telah pun memenuhi kawasan Stadium Antarabangsa Raja Fadh sejak beberapa hari sebelum ini lagi. Mungkin teruja kerana dapat bertemu muka-ke-muka dengan kumpulan idola mereka itu buat pertama kalinya.

Tapi yang mengharukan ARMY yang beragama Islam ialah kerana menurut beberapa peminat di situ, BTS telah menghentikan latihan konsert mereka apabila laungan azan bergema di masjid berdekatan. Tak sangka yang kumpulan kesayangan mereka itu sensitif dan menghormati panggilan solat itu.

bts dipuji berhentikan latihan konsert semasa laungan azan

Menurut sumber lain, BTS dan syarikat naungan mereka iaitu Big Hit Entertainment telah mempelajari adat dan budaya di Arab Saudi bagi menghormati kepercayaan mereka. Mereka juga dikatakan tidak akan menayangkan ‘six pack’, mengurangkan aksi persembahan yang melampau dan mengenakan pakaian yang bersesuaian.

Bagus betul BTS dan kakitangan konsert mereka kerana tidak segan untuk mempelajari dan menghormati budaya negara lain. Pasti makin ramai yang akan mula meminati kumpulan lelaki ini kan?

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...