Gadis pertama dari Malaysia yang debut sebagai idola K-Pop, Lingling telah membuktikan bakatnya kepada orang ramai!
Bagi yang belum tahu, Lingling telah debut dalam kumpulan KIIRAS di bawah agensi LeanBranding, dengan single digital mereka berjudul “Kill Ma Bo$$”.
Selain 5 ahli lain yang menarik perhatian, bakat Lingling khususnya telah dipuji peminat Malaysia yang kagum melihat kebolehan nyanyiannya.
i-land 2 did not show her talents well at all, I’m so glad she debuted with a company that appreciates her and gives her opportunities to properly showcase her skills! Kiiras suits her much better than izna would’ve, and she seems a lot more confident now too ❤️ https://t.co/NxHIFRntMh
— magical girl eden ₊˚⊹♡ (@illumieden) June 6, 2025
Malahan ramai yang menyatakan bahawa gadis yang berasal dari Klang, Selangor itu nampak lebih yakin kini berbanding persembahannya ketika dalam program “I-Land 2” dahulu.
Untuk pengetahuan, Lingling juga merupakan bekas pelatih YG Entertainment.
Cayalah Lingling!