Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won memang tidak dinafikan mempunyai keserasian yang mantap sehinggakan ada banyak khabar angin menyatakan bahawa mereka mempunyai hubungan lebih dari rakan sekerja.
Baru-baru ini, Kim Ji-won telah meraih perhatian ramai dengan penampilannya di lapangan terbang, ketika dalam perjalanan untuk ke Singapura.
Selain memuji kecantikannya, perhatian turut tertumpu kepada pengawal peribadi Kim Ji-won yang sepertinya pernah biasa dilihat.
Rupanya, lelaki itu juga adalah pengawal peribadi Kim Soo-hyun, yang pernah mengiringinya di lapangan terbang dan di pelbagai acara sebelum ini.
😳😳😳 #Kimsoohyun #Kimjiwon #Baekhyunwoo #Honghaein #Soowon #Kimkimcouple #Queenoftears pic.twitter.com/HiSh62L4i5
— KimKim (@728288374user) May 13, 2024
Dengan ini, timbulnya spekulasi bahawa Kim Soo-hyun meminta pengawal peribadi yang dia percaya itu, untuk menjaga kekasih khabar anginnya tersebut.
Namun, sesetengah netizen berpendapat bahawa bukti itu sahaja tidak cukup untuk membuat kesimpulan bahawa Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won sedang bercinta kerana ia adalah perkara biasa untuk selebriti berkongsi kakitangan keselamatan.
Apa kata korang pula?