Sedang menjalani servis khidmat tentera kini, pasti ramai yang merindukan pelakon Kang Tae-oh, kan?
Bagi yang belum tahu, selepas membintangi siri “Extraordinary Attorney Woo”, Kang Tae-oh telah menyertai perkhidmatan ketenteraan wajib pada September lepas. Kini, dia merupakan antara selebriti yang dinanti-nantikan untuk kembali selepas berkhidmat kepada negara.
Terbaru, foto pelakon itu di pangkalan tentera telah tular di media sosial, memaparkan Kang Tae-oh dengan pakaian seragam tenteranya dan beret, serta tanda nama yang ditulis ‘komander syarikat’.
Untuk pengetahuan, jawatan tersebut diketahui mewakili syarikat semasa latihan asas ketenteraan dan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kerja-kerja pentadbiran, serta memainkan peranan sebagai ketua dalam syarikat.
Antara komen peminat selepas melihat foto Kang Tae-oh:
Dia nampak seperti sedang melakukan penggambaran sebab dia pakai pakaian seragam tentera.
Dia seorang pelatih komander syarikat tetapi dia kelihatan sangat santai.
Kacak betul la Kang Tae-oh ni.
Sekadar info, Kang Tae-oh memulakan servis khidmat ketenteraan pada 20 September lepas.