Ikuti Kami:

Peminat Kpop Dan K-Drama Wajib Tonton “Journal Sarahaeyo”! Confirm Boleh Relate..

Peminat Kpop Dan K-Drama Wajib Tonton “Journal Sarahaeyo”! Confirm Boleh Relate..

Mesti korang dah blank nak tonton filem or drama apa yang baru kan. Jangan risau sebab baru-baru ini, Viu Malaysia telah mengumumkan drama bersiri terbaru bertajuk “Journal Sarahaeyo”. 

Drama yang dihasilkan dengan kerjasama antara MsOrange Solutions dan Blimey Studios ini akan ditayangkan setiap hari Jumaat bermula  19 Mei 2023 di platform Viu. Kalau korang peminat K-Drama, K-Pop atau segala K, memang recommended sangat la.

Sinopsis Journal Sarahaeyo

Mengisahkan tentang Sara, seorang pelajar universiti yang sukakan K-Drama dan K-Pop. Sara suka mencatat segala hal yang berlaku terhadap diri dia di dalam journalnya termasuk impiannya untuk ke Korea bagi mendapat Oppa sebagai kekasih hati. 

Sehingga satu hari, Sara mendapat peluang untuk membuat event trip ke universiti di luar negara. Namun, pelbagai rintangan yang Sara perlu hadapi bagi merealisasi impiannya. Adakah Sara berjaya ke Korea dan berjumpa  Oppa impian hatinya?

Drama bersiri 6 episod ini dilakonkan oleh pelakon baru dan popular iaitu Arena Wan, Alvin Chong, Aniq Suhair, Alisya Rashid, Andi Bernadee dan Adriana Adnan. Wuish, tak sabarnya!

Muat Turun Aplikasi Viu Sekarang

Korang dah ada ke belum aplikasi Viu? Kalau belum, korang boleh download sekarang di Play Store dan App Store secara percuma.

Bagi tontonan tanpa ada gangguan, korang boleh subscribe Viu Premium pada harga RM 29.90 je selama 3 bulan. Baru la syok streaming drama Journal Sarahaeyo..

Untuk maklumat lanjut berkaitan Viu dan update rancangan terbaru, korang boleh layari laman sosial rasmi Viu Malaysia, Instagram, TikTok, Twitter dan Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...