Merupakan antara kumpulan wanita paling popular di peringkat global, semestinya ramai berharap agar BLACKPINK terus kekal bersama selamanya.
Menerusi pelbagai sumber dalam industri K-Pop baru-baru ini, ramai mengatakan Rosé sahaja yang memilih untuk kekal dalam YG Entertainment manakala Lisa, Jennie dan Jisoo bakal bernaung di bawah pengurusan baru.
Oleh itu, ada yang menebak bahawa kumpulan berkenaan tidak akan aktif lagi selepas ini memandangkan mereka tidak mengeluarkan album yang banyak selama bersama 7 tahun ini. Lantas agak sukar untuk meneruskan aktiviti kumpulan walaupun mereka berjanji untuk kekal sebagai BLACKPINK.
Pun begitu, YG Entertainment dengan pantas menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa mereka masih lagi dalam perbincangan. Walau bagaimanapun, khabar angin yang berterbangan sejak bulan lalu itu terus menjadi bualan.
Komen peminat,
Kenapa mereka buat spekulasi BLACKPINK akan bubar seperti ia adalah fakta? Jennie dah cakap kan yang mereka akan terus bersama pada masa hadapan.
Kenapa korang nak sangat BLACKPINK bubar?
Mesti kumpulan wanita dengan tahap lebih rendah yang risau dengan populariti BLACKPINK.
Awak percaya ke…?
Apalah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.