Ikuti Kami:

Peminat Kesal Dua Ahli BLACKPINK Terlibat Dengan Kontroversi Seksual?

Peminat Kesal Dua Ahli BLACKPINK Terlibat Dengan Kontroversi Seksual?

Kalau korang perasan, ahli BLACKPINK kerap terpalit dengan isu penampilan seksi sejak awal tahun ini.

Beberapa hari lalu, Lisa telah membuka pentas buat julung kalinya di kelab bogel Berprestik tinggi Crazy Horse di Paris. Dengan 5 persembahan sepanjang 3 hari, idola tersebut melakukan persembahan untuk lagu “But I Am A Good Girl” dan “Crisis? What Crisis!?”.

Komen peminat yang menghadiri persembahan itu,

Dia memakai pakaian CEO dan menari di atas meja. Kemudian, dia membuka skirtnya dan memakai pakaian dalam dan stoking.

lisa mom

Terdahulu, Jennie turut menerima kritikan apabila membintangi siri “The Idol” untuk penonton 19 tahun ke atas. Ianya membawa kisah latarbelakang selebriti yang menapak dalam kota nista Hollywood.

Semasa ia ditayangkan, siri tersebut yang bersiaran HBO diselar penonton kerana kandungan provokatif yang tidak selari dengan plot diperkenalkan di awalnya.

Oleh kerana dua kontroversi ini, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan naskhah dan projek oleh kedua-dua ahli BLACKPINK itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...