Ikuti Kami:

Peminat Kagum, BLACKPINK Kini Duduki Tangga Kedua Teratas Dalam Carta Billboard Global 200

Peminat Kagum, BLACKPINK Kini Duduki Tangga Kedua Teratas Dalam Carta Billboard Global 200

BLACKPINK terus dan terus mengungguli semua platform muzik!

Rata-rata dalam kalangan peminat agak keliru dengan keberkesanan lagu “SHUT DOWN” oleh BLACKPINK kerana pada awalnya mereka menganggap ianya kurang hit berbanding lagu yang lain.

Namun perkara itu nyatanya, tidak bertahan lama kerana sekarang ini, lagu itu dimainkan oleh peminat tanpa henti. Dek kerana itu juga, lagu “SHUT DOWN” dan juga “PINK VENOM”, kini masing-masing berada di tempat pertama dan kedua dalam carta Billboard Global 200 dan juga Global 200 (tidak termasuk Amerika Syarikat).

Setakat ini sahaja, lagu “PINK VENOM” berjaya mengumpul sebanyak 212 juta penstriman global dan diikuti dengan lagu “SHUT DOWN”, yang berjaya mengumpul hampir 152.8 juta penstriman global.

Kini, BLACKPINK menjadi kumpulan penyanyi pertama yang berjaya menduduki tangga kedua teratas dalam carta Billboard Global 200.

Tahniah BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...