Ikuti Kami:

Peminat K-Pop Hampa Apabila Kumpulan ‘Cover’ Korea, GTI Yang Berduet Dengan Sufian Suhaimi

Peminat K-Pop Hampa Apabila Kumpulan ‘Cover’ Korea, GTI Yang Berduet Dengan Sufian Suhaimi

Acara berprestij Malaysia iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 telah pun melabuhkan tirainya semalam selepas bersiaran secara langsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Memang meriah acara gilang-gemilang itu kerana dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik baik daripada artis tempatan termasuk juga dengan artis luar negara.

Sesuai dengan temanya pada tahun ini iaitu ‘Melangkaui Sempadan’, dua anugerah baru telah diperkenalkan iaitu ‘Artis Indonesia Popular’ dan ‘Artis Korea Popular’. Selain itu, ABPBH 32 benar-benar mengambil serius dengan temanya apabila pihak mereka telah mengumumkan terdapat persembahan istimewa gabungan artis tempatan dan artis K-Pop pada malam anugerah itu.

Selepas berteka-teki, akhirnya terjawab sudah artis K-Pop mana yang berkolaborasi dengan Sufian semalam. Rupa-rupanya artis Korea yang digembar-gemburkan itu merupakan kumpulan GTI (Global Tour Idol) yang dianggotai oleh Donggyun dan Sibong. Pasti ramai yang tidak mengenali mereka kan? Mereka merupakan kumpulan yang dilahirkan menerusi Youtube dan sering memuat naik cover lagu Bahasa Melayu di laman Youtube rasmi mereka.

sufian suhaimi GTI abpbh 32

Rupanya kumpulan cover daripada Korea ini juga pernah memuat naik video mereka menyanyikan lagu Sufian Suhaimi ‘Di Matamu’ dalam versi bahasa Korea. Mungkin sebab itu mereka dijemput untuk berduet dengan Sufian?

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan TV3 kerana tidak menjemput kumpulan yang betul-betul membawa nama K-Pop sebagai identiti kumpulan mereka.

Ada juga netizen yang kecewa kerana persembahan Sufian dan GTI itu tidak memuaskan. Seperti tak cukup latihan antara mereka.

sufian suhaimi GTI gabungan abpbh 32

Apa salahnya kalau Berita Harian terus sahaja sebut nama kumpulan GTI, dapat juga mempromosikan kumpulan itu. Rata-rata peminat K-Pop juga kecewa kerana mereka mengharapkan artis K-Pop bernama besar menghiasi pentas ABPBH 32 tapi sangkaan mereka meleset.

Sumber: Twitter, BHarianMY, Kmania

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...