Ikuti Kami:

Peminat Hiba Lihat Ahli Kumpulan f(x) Bersedih Ratapi Pemergian Sulli

Peminat Hiba Lihat Ahli Kumpulan f(x) Bersedih Ratapi Pemergian Sulli

Baru sahaja berusia 25 tahun, Sulli nekad mengambil nyawa sendiri di kediamannya. Berita itu telah menggemparkan dunia hiburan Korea kerana tidak menyangka gadis itu akhirnya sudah tiada lagi di dunia ini. Kalau anda nak tahu, sebelum menjadi pelakon dan model, mendiang Sulli pernah muncul sebagai ahli kumpulan K-Pop iaitu f(x) pada tahun 2009. Walaubagaimanapun, dia membuat keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan itu pada tahun 2014 selepas beberapa siri khabar angin yang tidak baik.

Selebriti lain semestinya terkejut dengan kematian Sulli tapi yang paling hiba adalah semestinya ahli kumpulan f(x) yang lain. Walaupun sudah berpisah tetapi mereka tidak pernah putuskan hubungan persahabatan yang sudah terjalin semasa mereka semua masih lagi merupakan pelatih dalam syarikat SM Entertainment. Mereka semua berkawan rapat sejak berusia belasan tahun lagi, jadi berita ini seperti pisau yang menikam mereka.

ahli kumpulan f(x) iaitu victoria, sulli, krystal, luna, amber

Menurut sumber, salah seorang ahli kumpulan f(x) iaitu Victoria yang sedang berada di set penggambaran drama terbarunya di Shanghai terkejut apabila menerima berita buruk itu. Rakan pelakonnya menceritakan bahawa dia telah teresak-esak menangis dan kondisinya merudum selepas menyedari bahawa Sulli sudah tiada.

Tidak melengahkan masa, Victoria terus menghentikan rakaman drama itu dan menempah tiket penerbangan dalam masa terdekat untuk ke Seoul. Sejurus selesai urusan visanya, dia terus terbang bagi memberi penghormatan kepada mendiang Sulli buat kali terakhirnya.

f(x) victoria telalu sedih sehingga hampir tinggal barang dalam pesawat semasa ingin melawat sulli

Salah seorang pramugari di dalam penerbangan itu menceritakan bahawa Victoria kelihatan sangat sedih sepanjang perjalanan itu. Kerana terlampau sedih, wanita itu terlupa untuk mengambil barangannya sebelum meninggalkan pesawat.

Selain itu, salah satu sumber daripada komen di laman berita Naver menceritakan bahawa Krystal yang merupakan ahli kumpulan f(x) telah tersedu-sedan dan matanya juga kelihatan bengkak semasa sampai ke tempat persemadian Sulli. Semasa masih dalam kumpulan itu, kedua-dua mereka merupakan kawan baik kerana usia sebaya. Jadi mungkin pemergian rakan baiknya ini meruntunkan hati Krystal. Salah seorang lagi ahli kumpulan f(x) iaitu Luna juga dikhabarkan teresak-esak menangis semasa berada di rumah pengebumian itu.

krystal dan luna ratapi pemergian sulli

Ahli f(x) yang lain iaitu Amber turut mengumumkan bahawa dia akan menghentikan segala aktiviti seninya sejurus menerima berita kematian Sulli. Dia juga dikhabarkan telah tiba di Korea daripada Amerika Syarikat kelmarin.

amber f(x) henti aktiviti seni untuk melawat mendiang sulli

Rata-rata peminat f(x) yang membaca tentang hal ini berasa sangat sedih. Sebelum ini mereka sentisa berharap agar semua ahli f(x) bakal berkumpul semula dan mengeluarkan album baru. Tapi apakan daya apabila mereka semua berkumpul di satu tempat yang sama tapi bukan kerana berita yang gembira.

Sumber: Koreaboo (1) (2), Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...