Nama kumpulan Blackpink tidak perlu diperkenalkan lagi, ternyata mereka sangat dikenali oleh peminat K-Pop bukan sahaja di Asia bahkan di seluruh pelosok dunia. Siapa sangka walaupun begitu popular, ada peminat yang tidak berpuas hati kerana salah seorang daripada ahli kumpulan itu didakwa menerima layanan yang tidak adil berbanding dengan ahli yang lain.
Ahli kumpulan yang dimaksudkan oleh peminat Blackpink ialah Jisoo. Menurut peminat yang berasal daripada China ini, ahli lain seperti Jennie, Lisa dan Rosé dilayan dengan baik namun tidak Jisoo.
Peminat tersebut telah membuktikan 6 bukti kenapa Jisoo dikatakan tidak menerima layanan yang adil berbanding dengan ahli kumpulan Blackpink yang lain. Pertama, walaupun Jisoo merupakan seorang vokal utama, dia selalunya mendapat bahagian yang paling sedikit di dalam lagu mereka.
Keduanya, di dalam video latihan menari untuk lagu “Do Know What To Do”, dapat dilihat Jisoo tiada dalam gambar promosi rasmi video itu. Selain itu, gambar Jisoo juga dikatakan tidak pernah digunakan dalam mana-mana muzik video kumpulan itu sebagai ‘thumbnail’.
Lagi, gambar individu Jisoo juga tidak dapat dicari semasa iklan promosi kumpulan itu bersama jenama terkenal Adidas.
Dia juga hanya membuat kemunculan selama 0.3 saat di dalam video promosi jenama minuman Sprite dan bukannya dalam babak individu tetapi hanya dalam babak berkumpulan.
Terakhir sekali, peminat juga tertanya-tanya kenapa berita mengenai Jisoo yang tersenarai dalam “Business of Fashion 500” tidak diuar-uarkan langsung oleh syarikatnya walhal ia adalah perkara yang besar.
Rata-rata peminat Blackpink terutamanya Jisoo tidak berpuas hati kenapa gadis itu tidak mendapat promosi yang sepatutnya daripada syarikat mereka. Jisoo juga merupakan ahli kumpulan itu, sepatutnya setiap daripada mereka mendapat layanan yang sama rata dan tidak berat sebelah.