Ikuti Kami:

Peminat Filipina Malu Lihat Foto Dimuat Naik Kim Seonho, Tapi Sebab Apa?

Peminat Filipina Malu Lihat Foto Dimuat Naik Kim Seonho, Tapi Sebab Apa?

Baru-baru ini, Kim Seon-ho telah pergi ke Filipina bagi menghadiri acara perjumpaan bersama peminat, bekerjasama dengan jenama ‘Bench’.

Menerusi Instagram miliknya, Kim Seon-ho memuat naik fotonya bergambar di hadapan papan iklan besar yang memaparkan wajahnya.

Walaupun peminat Filipina turut gembira untuknya namun, beberapa daripada mereka nampaknya tidak dapat menahan perasaan malu, selepas melihat keadaan sungai dalam gambar itu.

Hal ini kerana, sungai tersebut yang dikenali sebagai Sungai Pasig kelihatan jelas tercemar dan dianggap memalukan apabila pelancong berada di kawasan itu.

Malahan, ada juga peminat yang menyunting gambar asal itu, dengan menjadikan sungai itu nampak lebih ‘biru’ dan bersih. Tulisnya,

Kim Seon-ho, sila muat naik kembali.

Alahaii!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...