Utama Tempatan Peminat EXO Beri Wang Sumbangan, Jasa Ustaz Ebit Lew Jadi Perhatian Portal...

Peminat EXO Beri Wang Sumbangan, Jasa Ustaz Ebit Lew Jadi Perhatian Portal Popular K-Pop

ebit lew

Sering mendapat perhatian media tempatan, kebaikan Ustaz Ebit Lew baru-baru ini telah menjangkau sehingga ke media antarabangsa apabila sumbangan yang dilakukan olehnya dipaparkan dalam portal K-Pop terkenal iaitu Allkpop.

Semuanya bermula apabila video pendek yang menyaksikan pendakwah itu mendermakan makanan dan bantuan buat frontliner telah menggunakan lagu “Mmmh” dendangan Kai daripada kumpulan EXO.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Disebabkan oleh itu, sifat keprihatinan Ustaz Ebit Lew berjaya meraih perhatian dan pujian peminat K-Pop khususnya EXO-L (nama peminat EXO).

Kalau anda nak tahu, para EXO-L baru-baru ini telah berganding bahu bagi mengumpulkan bantuan berbentuk wang dan disalurkan ke Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi oleh Ustaz Ebit Lew. Projek yang diberi nama #fromMALAYSIANEXOL tersebut telah mengumpul derma sebanyak RM3811.16. Dahsyat kan EXO-L?

Terima kasih EXO-L serta Ustaz Ebit Lew atas bantuan anda!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...