Baru-baru ini, agensi Byeon Woo-seok telah teruk dikritik disebabkan sekuriti melampau pada pelakon itu.
Khususnya ketika di lapangan terbang sebelum ini, pengawal keselamatan yang mengiringi lelaki itu telah bertindak berlebihan apabila mereka menghalang pintu masuk ke lapangan terbang selama 10 minit dan menyuluh lampu suluh ke mata pengunjung di situ dengan alasan tidak mahu mereka merakam Byeon Woo-seok.
Meskipun agensi sudah pun mengeluarkan permohonan maaf namun, peminat nampaknya masih kesal dengan situasi berkenaan dan terus meninggalkan aduan di Instagram syarikat tersebut.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, peminat telah meninggalkan kritikan dan aduan di bawah hantaran Gong Seung-yeon, iaitu artis di syarikat yang sama.
Hal ini kerana, itu adalah siaran paling atas di akaun berkenaan, menyebabkan pelakon wanita tersebut turut terkena tempias akibat kontroversi melibatkan Byeon Woo-seok.
Dengan ini, peminat mendesak agar orang ramai tidak melibatkan pelakon lain dalam isu ini dan sebaliknya, terus menghantar e-mel secara langsung kepada agensi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.