Baru hari itu gembira, sekarang berduka?
Sejak semalam, kecoh di laman media sosial apabila harga tiket bagi konsert jelajah dunia “BORN PINK IN KL” mula disiarkan.
Rata-rata dalam kalangan peminat mahupun netizen, mula bersuara dek kerana harga tiket hampir mencecah sebanyak RM2000. Meskipun mempunyai harga tiket yang paling murah adalah pada RM388, namun tempat duduk zon itu adalah terlalu jauh daripada pentas dan semestinya tidak menjanjikan kepuasan buat peminat.
For you reference. Goodluck and enjoy guys! Hehe pic.twitter.com/2c5Q112YAc
— 리리 (@heyitsfaroroo) November 11, 2022
Bukan itu sahaja, peminat juga menyuarakan ketidakpuasan hati kepada pihak penganjur kerana mereka semua semestinya amat menantikan kehadiran BLACKPINK ke Malaysia.
https://twitter.com/jongincado/status/1591082400125452289?s=52&t=jU_efJ69piOQSSa_6-maaw
Macam mana ni…
Rabak lah poket kita….
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.