Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan.
Khususnya, kedatangan beliau ke sana adalah untuk bertemu dengan Presiden Korea Selatan iaitu Yoon Sook-yeol, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara malah, membuka ruang dan peluang untuk menarik pelaburan berimpak tinggi ke Malaysia.
Dalam pada itu, perkara lain yang menarik perhatian adalah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lagu hit K-Pop, untuk kesemua hantarannya di Instagram yang berkaitan dengan lawatan beliau ke Korea Selatan.
View this post on Instagram
Antara lagu yang digunakan adalah BTS ‘Dynamite’, GIRLS’ GENERATION ‘Gee’, 2NE1 ‘Come Back Home’ dan banyak lagi, meraih perhatian ramai.
Meninjau ruangan komen, netizen menulis,
- Saya tunggu lagu EXO pula!
- PMX pun peminat K-Pop 2nd gen ke ni?
- Saya approve admin akaun PMX!
Amboi!