Ikuti Kami:

Pembunuhan Tragis & Kanak-Kanak Hilang, Episod Awal ‘The Good Detective’ Raih Rating Baik

Pembunuhan Tragis & Kanak-Kanak Hilang, Episod Awal ‘The Good Detective’ Raih Rating Baik

Korea memang hebat betul bila hasilkan drama bertemakan penyiasatan jenayah. Sampaikan kita yang penonton pun berasa seperti berada dalam misi mengejar orang jahat apabila menonton naskhah sebegini dek plot twist dan babak saspens yang mendebarkan. Sama juga dengan drama terbaru “Model Detective” yang baru sahaja ke udara di saluran JTBC.

Sinopsis “The Good Detective”

Kang Do-chang (Son Hyun-joo) telah bekerja sebagai detektif selama 18 tahun. Lelaki ini melakukan siasatan menggunakan pengalamannya dan juga kenalan rapat tanpa menghiraukan teknik saintifik atau pun kuasa pertimbangan.

Oh Ji-hyeok (Jang Seung-jo) pula adalah seorang detektif elit dan mempunyai pengalaman selama 9 tahun. Tak seperti Do-chang, dia menyiasat menggunakan bukti selain memerhatikan emosi penjenayah. Disebabkan oleh trauma semasa kecil, dia langsung tidak berkongsi perasaannya. Lelaki ini juga adalah seorang yang sangat kaya kerana mendiang pak ciknya telah meninggalkan sejumlah harta pewarisan.

episod awal the good detective

Jin Seo-kyung (Lee Elijah) pula merupakan seorang wartawan surat khabar. Sudah 5 tahun bekerja, dia merupakan seorang veteran yang sangat arif dengan kerjanya.

Episod awal penuh misteri

Wow! Episod awal “The Good Detective” ini sudah pun membawa kes yang berat buat penonton di mana seorang pelajar kolej perempuan telah dibunuh dan seorang lelaki bernama Lee Dae-cheol diberkas kerana dijumpai di tempat kejadian. Bahkan bukti lain yang dijumpai menunding jari ke arah lelaki itu seperti tompokan darah dan juga cap jarinya yang ada pada mangsa.

Meskipun berterusan mengatakan bahawa dia tidak bersalah namun dia akhirnya dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun. Pun begitu, 5 tahun kemudian, anak perempuan kepada banduan tersebut dilaporkan hilang dan daripada siasatan kes kehilangan itu membawa Kang Do-chang dan Oh Ji-hyeok kepada konklusi bahawa Lee Dae-cheol mungkin bukanlah pembunuh sebenar pada 5 tahun lepas.

episod awal the good detective

Rating memuaskan

Perkembangan plot yang mendebarkan dan berselirat ini nyata membuatkan penonton tidak senang duduk di hadapan kaca televisyen. Bahkan semua meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat sambungan kepada misteri pembunuhan ini meskipun baru dua episod sahaja bersiaran.

Episod pertama “The Good Detective” telah meraih rating 3.897% dan 3.775% untuk episod keduanya pula. Catatan ini adalah satu angka yang sangat memuaskan buat satu drama yang baru sahaja ditayangkan.

Mana tahu ratingnya akan meningkat pada episod akan datang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...