Pembunuh Terbongkar, Episod Akhir ‘The Killer’s Shopping List’ Raih Rating Tertinggi

tvn the killer's shopping list

Selepas 8 episod, akhirnya “The Killer’s Shopping List” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

“The Killer’s Shopping List” membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul. Kisah misteri dan komedi bermula itu dengan sekeping resit pasar raya sebagai satu-satunya bukti kepada insiden itu.

Akhirnya terbongkar juga

[Amaran SPOILER]

Selepas pertemuan mendebarkan dengan Seo Chan-gyu, Ahn Dae-sung akhirnya berjaya menumpaskan lelaki itu. Bahkan tindakan beraninya itu telah membuatkan dia menerima anugerah penghargaan dari pihak polis. Disebabkan oleh hal itu, ayah Do A-hee menyaksikan lelaki tersebut dari sudut yang positif lantas membawa kesudahan bahagia buatnya.

tvn the killer's shopping list

Rating tinggi

Untuk episod akhir ini, “The Killer’s Shopping List” berjaya mencatatkan rating tertinggi sepanjang tayangannya iaitu 3.7%.

Sedih tak drama ini dah tamat?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Leave a Reply