Ikuti Kami:

Pembunuh Sebenar Terbongkar, Ending Episod Akhir Ramal Musim Kedua ‘One Ordinary Day’?

Pembunuh Sebenar Terbongkar, Ending Episod Akhir Ramal Musim Kedua ‘One Ordinary Day’?

Drama pertama yang dihasilkan Coupang Play iaitu “One Ordinary Day” akhirnya melabuhkan tirainya beberapa hari lalu.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan seorang pelajar kolej biasa yang hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila menjadi suspek utama kes pembunuhan.

Semua terjawab

[Amaran SPOILER]

Meskipun telah dirayu oleh Shin Joong-han dan majoriti juri bersetuju bahawa Kim Hyun-soo tidak bersalah namun mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya dek bukti yang tidak disangkal.

Menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka, Kim Hyun-soo (Kim Soo-hyun) memilih untuk tidak mengemukakan rayuan namun Shin Joong-han (Cha Seung-won) tidak betah berdiam diri. Selidik demi selidik, lelaki itu mendapat tahu bahawa Hong Guk-hwa (Hwang Se-on) mempunyai hubungan dengan ramai lelaki. Tapi yang paling menarik perhatian dan menimbulkan keraguan ialah seorang doktor Park Chan-yul (Moon Soo-young).

one ordinary day

Selepas disiasat, rupanya doktor itu merupakan kekasih gadis berkenaan dan tidak dapat menerima kenyataan apabila dia mahu memutuskan hubungan selepas mendapat tahu kekasihnya sudah berkeluarga. Malah Park Chan-yul mengakui bahawa dia adalah pembunuh sebenar sekaligus membolehkan Kim Hyun-soo dibebaskan daripada hukumannya.

Musim kedua?

Selesai dengan Kim Hyun-soo, Shin Joong-han nampaknya bertemu klien baru iaitu seorang gadis yang kelihatan keliru dan teresak-esak menangis di penjara. Menghulurkan kad guamannya, gadis itu tak lain tak bukan merupakan pelakon popular Kim Yoo-jung. Tamat di situ, ramai yang menebak mungkin musim kedua akan menampilkan kisah baru bersama Shin Joong-han dan pelakon itu bakal menjadi pelakon utamanya bersama Cha Seung-won.

Pun begitu, masih belum ada apa-apa respon daripada pihak produksi “One Ordinary Day” mengenai kemungkinan ini.

Best kan drama ini, walaupun 8 episod sahaja tapi padat sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...