Ikuti Kami:

Pembuatan Semula Dari Siri Sepanyol, ‘Money Heist’ Versi Korea Akan Tayang Di Netflix Jun Ini

Pembuatan Semula Dari Siri Sepanyol, ‘Money Heist’ Versi Korea Akan Tayang Di Netflix Jun Ini

Siapa penonton setia siri Sepanyol “Money Heist” di Netflix?

Kalau anda nak tahu, “Money Heist” bakal menemui penonton dengan versi korea, berjudul “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”.

“Money Heist: Korea – Joint Economic Area” bahagian 1 akan mempunyai sejumlah 6 episod. Berlatarbelakangkan Semenanjung Korea menjelang penyatuan semula, ini adalah drama jenayah rompakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang mengisahkan tentang ahli strategi yang cemerlang dan orang yang mempunyai personaliti serta kebolehan yang berbeza.

Sama seperti siri asal, topeng yang dipakai ialah tanda dagangan kumpulan perompak genius. Bagi versi Korea, kumpulan perompak akan memakai ‘Hahoetal’, yang merupakan salah satu topeng tradisional yang mewakili keindahan Korea.

Selain itu, “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” ialah pembuatan semula Korea bagi siri TV Sepanyol dengan nama yang sama. Selain Yoo Ji-tae, yang memegang watak sebagai Profesor, ramai pelakon hebat, seperti Kim Yun-jin (sebagai Seon Woo-jin), Park Hae-soo (Berlin), Jeon Jong-seo (Tokyo), Lee Won-jong (Moscow), Park Myung-hoon (Cho Young-min) dan ramai lagi yang akan membintangi drama ini.

Jangan lupa tonton “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” di Netflix, pada 24 Jun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...