Setiap kali episod baru “The Penthouse” ditayangkan, mesti banyak teori baru yang akan muncul.
[Amaran SPOILER]
Beberapa episod lepas, ramai yang seperti tidak percaya apabila Bae Ro-na (Kim Hyun-soo) dikatakan sudah tiada selepas ditolak jatuh tangga oleh Ha Eun-byeol (Choi Ye-bin) dek rasa cemburu yang tak terhingga. Walaupun kritikal, namun dia disahkan mati apabila seorang tidak dikenali telah mencabut alat bantuan pernafasan gadis itu.
Daripada teori penonton, Bae Ro-na sebenarnya belum mati dan mungkin dia diperlakukan sama seperti watak Joo Hye-in (Na So-ye) semasa episod pertama. Di mana Shim Su-ryeon telah memberikannya ubat sakit jantung bagi melepaskan diri daripada Joo Dan-tae.
Tambahan pula, dalam rancangan “On & Off” yang disertai oleh Kim Dong-kyu iaitu pelakon kepada watak pembantu peribadi Joo Dan-tae, sepertinya dia ‘terbocorkan’ sedikit spoiler berkaitan teori ini.
Katanya, dia menerima rawatan tidur EEG yang dijalankan secara rahsia sehingga ada staf perubatan sendiri tak tahu mengenainya.
조비서 온앤오프 대사…스포? pic.twitter.com/lDBoWiZ5wn
— 춘식씨 (@LR_must) February 24, 2021
Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah mengenai Bae Ro-na tapi ramai yang merasakan seperti dialog itu berkaitan dengan rawatan gadis tersebut.
Marilah kita nantikan sekiranya tebakan ini betul ataupun tidak.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.