Ikuti Kami:

Pembalasan Dendam Kang Haneul Selesai, ‘Insider’ Tamat Dengan Rating Biasa

Pembalasan Dendam Kang Haneul Selesai, ‘Insider’ Tamat Dengan Rating Biasa

Diterajui Kang Ha-neul, sudah pasti ramai yang menonton “Insider”. Tapi sayangnya drama tersebut sudah pun menamatkan tayangan kelmarin.

Sinopsis

“Insider” ialah drama aksi saspens mengenai pelatih perundangan yang hidupnya musnah dalam sekelip mata semasa melakukan penyamaran untuk menyiasat pendakwara raya menerima rasuah. Semasa di dalam penjara, dia mula merencana plot untuk memblas dendam kerana pengkhianatan yang dilaluinya.

Kejahatan ditumpaskan

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir, pendakwaraya jahat Yoon Byung-wook (Heo Sung-tae) akhirnya berjaya ditumpaskan undang-undang. Kim Yo-han yang bekerja bersama Lam (Fan Bing Bing), ejen dari Puak Macao berjaya membuktikan kejahatan lelaki itu dan menyumbatkan ke muka pengadilan.

jtbc insider

Reaksi biasa

Walaupun dibarisi pelakon berbakat seperti Kang Ha-neul, Lee Yoo-young dan Heo Sung-tae namun “Insider” hanya mampu berpuas hati dengan rating 3% dan ke bawah sepanjang tayangannya.

Untuk episod akhir, drama JTBC ini hanya mampu mencatat rating sebanyak 3.231% iaitu bukanlah rating terbaik yang pernah dicapainya iaitu 3.414%.

jtbc insider

Menurut komen penonton, subjek berjudi dan aksi terlalu banyak diulang hingga mengganggu fokus. Malah terlalu banyak watak baru yang diperkenalkan lantas membuatkan penonton pening.

Pun begitu, persembahan hebat para pelakon dari antagonis dan protagonis berjaya menaikkan persona noir drama ini dan mendapat respon baik penonton setia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...