Ikuti Kami:

Pembalasan Dendam Atau Pencarian Pembunuh Bersiri? Bingeathon Siri Televisyen Terbaik Hanya Di Astro!

Pembalasan Dendam Atau Pencarian Pembunuh Bersiri? Bingeathon Siri Televisyen Terbaik Hanya Di Astro!



“Alah cerita yang aku nak tengok takde pula kat sini, takkan nak langgan akaun lagi?”

Pernah tak korang rasa dalam dilema nak langgan lebih daripada satu akaun penstriman sebab nak tonton siri televisyen kegemaran korang. Kenapa perlu membazir kalau korang boleh tonton siri televisyen popular hanya dengan Astro.

Paling best Astro menawarkan kepelbagaian siri yang pasti buatkan korang tak rasa bosan. Daripada siri popular Korea sehingga watak adi hero yang menjadi pujaan ramai semua ni ada kat Astro.

Tapi bukan itu je, Astro turut ada content original tempatan yang best tau. Mari Kimchi Daily share siri yang best untuk korang binge-athon. Lagi-lagi kalau tak tau nak buat apa weekend nanti.

  1. Penthouse 3

https://youtu.be/_m__yC8B2ko

 

Siri Korea paling dinantikan dan sentiasa buat penonton panas hati, Penthouse 3 turut ditayangkan di Astro tau.

Pada episod terakhir musim kedua, penonton dikejutkan dengan kematian Logan Lee. Teka-teki mengenai dalang disebalik pembunuhan itu terbongkar, apabila ia merupakan rancangan Joo Dan-tae. 

Daripada ‘pergaduhan’ di antara dirinya dengan Ha Yoon-chul di dalam penjara sehinggalah kemampuannya untuk mengugut Ketua Pengadilan untuk mengurangkan tempoh penjara. Apa lagi agaknya muslihat jahat Joon Dan Tae pada musim terakhir Penthouse ni?

Saluran One HD atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

  1. Voice 4

https://youtu.be/G8JHMb821Gg

Siri kepolisian dari Korea ni ternyata mendapat sambutan yang menggalakan, memasuki musim keempat, pasukan “Golden Time” kini berpangkalan di pulau peranginan Jeju bagi menghadapi seorang pembunuh kejam yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.

Kali ini mereka disertai oleh pelakon kacak Song Seung-hoon yang menggalas watak sebagai Derek Jo, seorang detektif Korea-Amerika, yang ingin menyelesaikan kes pembunuhan adiknya, didalangi pembunuh bersiri yang kejam. 

Saluran tvN atau strim secara On Demand & aplikasi Astro GO

  1. Ahli Bapak-Bapak Club 

Mengisahkan 3 orang lelaki yang bersahabat baik tapi berlainan karakter berhadapan dengan masalah tersendiri dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dengan barisan pelakon mantap  seperti Aiman Hakim Ridza (Joe), Luqman Hafidz (Bob) dan Steve Yap (Nik). Korang pasti tak gering gusi tengok plot yang lain daripada yang lain ni.

Saksikan bagaimana Joe terpikat kembali dengan bekas isterinya Hana, seorang influncer yang mula berubah menjadi lebih baik. Tapi kali ni ada pula pesaing baru, Fir. Apakah kesudahannya? Dapatkah Joe kembali bersama Hana? 

Saluran Astro RIA atau strim secara On Demand di Ultra box & aplikasi Astro GO

  1. Pretty Little Liars

Diadaptasi daripada siri popular Amerika dengan judul yang sama, Pretty Little Liars merupakan kisah misteri mendebarkan yang menampilkan gabungan pelakon hebat Indonesia dan Malaysia.

Mengisahkan persahabatan 5 orang rakan karib Alissa, Hanna, Ema, Sabrina dan Aira yang mula menjadi goyah apabila Alissa hilang secara misteri pada malam graduasi sekolah tinggi mereka.

Setahun kemudian, Hanna, Ema, Sabrina dan Aria bersatu kembali  ketika mereka mula menerima mesej dari seorang individu misteri bernama  “A”, yang mengungut akan mendedahkan rahsia gelap mereka.

Saluran Citra adau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

  1. DC Legends of Tomorrow

Daripada watak Komik DC, DC Legends of Tomorrow merupakan spin-off yang menampilkan karakter yang diperkenalkan dalam Arrow dan The Flash bersama dengan watak-watak baru dalam Arrowverse, alam semesta dari fiksyen yang sama. 

Kalau korang peminat adi wira atau superhero ni. Siri ni memang layan dengan aksi berlawan dan komedi yang menghiburkan dalam misi superhero ini melindungi “timeline” daripada diganggu.

Saluran Warner TV atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

  1. Gossip Girls

Rahsia… Tidak menyeronokkan melainkan ia datang daripada Gossip Girl!!

Ada peminat drama remaja bersiri popular Gossip Girl? Setelah hampir satu dekad drama ini dibikin kembali dengan barisan pelakon muda berbakat dan lebih ‘masalah’ yang bakal menanti.

Kali ini lebih baddas…xoxo

Strim secara On Demand di Ultra Box  & aplikasi Astro GO

Binge-athon semua ni & banyak lagi drama menarik hanya di Astro!

Binge-athon drama Korea dan antarabangsa di Astro

Ni baru sikit je tau, kalau korang tak nak terlepas drama siri tempatan dan antarabangsa yang menarik jangan lupa untuk melanggan Astro

Kalau ksibuk bekerja dan jaga keluarga sampai terlepas drama kegemaran, tak perlu bimbang korang boleh stream je secara On Demand melalui Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih banyak content menarik yang disiarkan di Astro korang boleh ikuti Facebook, Instagram dan laman sesawang rasmi Astro.

Jangan biarkan hidup korang suram tanpa drama, langgan Astro untuk keceriaan seisi keluarga hari ini!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...