Ikuti Kami:

Pemandangan Kampung Memukau, ‘Once Upon A Small Town’ Dipuji Tenang & Menghiburkan

Pemandangan Kampung Memukau, ‘Once Upon A Small Town’ Dipuji Tenang & Menghiburkan

Siapa mahukan drama tenang, pastinya tidak mahu terlepas menonton “Once Upon A Small Town” di Netflix kini.

Sinopsis

Ia merupakan kisah cinta yang menyembuhkan antara dua watak utama, yang melegakan kesakitan antara satu sama lain dalam suasana hangat di luar bandar.

Kisah polis dan doktor haiwan

Cerita ini memaparkan hubungan antara Ahn Ja-yong yang sentiasa membantu semua orang di kampung halamannya sebagai polis yang bertugas. Pun begitu, Han Ji-yul yang baru sahaja kembali ke kawasan itu setelah sekian lama mula berasa rimas kerana sering terserempak dengan wanita tersebut.

netflix once upon a small town

Terpaksa mengambil alih klinik haiwan datuknya, Han Ji-yul memulakan kehidupan di kampung bersama orang sekeliling yang sentiasa menjaga tepi kain penduduk di situ. Walau bagaimanapun, doktor haiwan itu sering berjumpa dengan Ahn Ja-yong yang sepertinya menyimpan rahsia di luar pengetahuannya. Siapa sangka mereka berdua rapat semasa kecil namun lelaki itu tidak mengenalinya.

Tenang & senang faham

Dengan pemandangan luar bandar yang cantik, “Once Upon A Small Town” mampu membuatkan penonton berasa tenang menontonnya. Bahkan cerita yang ringan merupakan kunci terbaik buat sesiapa yang kurang gemar mendalami plot memeningkan. Ianya sekadar kisah cinta di antara dua rakan lama yang mula berputik selepas keduanya kembali berjumpa beberapa tahun kemudian.

netflix once upon a small town

Kalau belum layan, boleh tonton di Netflix tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...