Ikuti Kami:

Pelik Sebab Jarang Berlaku, Netizen Teka Ini Sebab Makin Ramai Selebriti Korea Didedahkan Sedang Bercinta Kini

Pelik Sebab Jarang Berlaku, Netizen Teka Ini Sebab Makin Ramai Selebriti Korea Didedahkan Sedang Bercinta Kini

Pasti ramai yang perasan kan, baru-baru ini, ada banyak pasangan selebriti yang telah didedahkan kepada umum.

Baru 4 bulan berlalu pada tahun 2024, dah ada banyak selebriti Korea yang terpalit dengan gosip atau memang benar sedang bercinta kini. Antaranya adalah Han So-hee dan bekas kekasihnya, Ryu Jun-yeol.

Kemudian, Lee Chae-min dan Ryu Da-in, Gong Seung-yeon dan Son Ho-jun, Ji-hyo TWICE dan Yun Sung-bin, Chae-young TWICE dan Zion.T serta Kazuha LE SSERAFIM dan K &TEAM.

Memandangkan perkara ini jarang berlaku dengan kerap dalam dunia hiburan Korea, ada yang menebak bahawa khabar angin percintaan yang tersebar ini adalah untuk menutupi isu yang berlaku di sana.

kpop idol dating 2024

Untuk pengetahuan, Korea Selatan akan mengadakan pilihan raya pada 10 April 2024 dan gosip percintaan artis ini mungkin adalah salah satu sebab untuk melindungi mana-mana pihak politik.

Selain itu, sebelum ini, terdapat juga isu mogok yang melibatkan doktor di Korea Selatan di mana, ramai kakitangan perubatan telah meletakkan jawatan, menyebabkan hospital di sana kekurangan staf.

Hal ini kerana, kerajaan merancang untuk memasukkan lebih ramai pelajar ke sekolah perubatan, berbanding fokus untuk menangani isu gaji dan keadaan kerja doktor yang menjejaskan sistem penjagaan kesihatan di sana.

Mungkin juga kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Seoul Shinmun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...