Ikuti Kami:

“Pelik Kalau Saya Dengan Song Jihyo…” – Kim Jongkook

“Pelik Kalau Saya Dengan Song Jihyo…” – Kim Jongkook

Selepas Song Ji-hyo dan Lee Kwang-soo, akhirnya Kim Jong-kook menjemput Jun So-min pula dalam video untuk saluran YouTube miliknya, GYM Jongkook.

Dalam episod ini mereka membincangkan mengenai ‘ujian personaliti MBTI’ dan menyentuh mengenai hubungan cinta. Kata Jun So-min.

Awak hebat dalam cinta berbalas.

Balas Kim Jong-kook,

Saya tak ada cinta berbalas? Tapi saya lalui perkara itu dengan hubungan manusia. Sejak kecil, saya sangat bergantung dengan perkara seperti kesetiaan dan hormat pada orang lebih atas.

kim jongkook jun somin

Jelas lelaki berbadan sasa lagi,

Perkara yang kita selalu katakan mengenai percintaan ialah untuk membiarkan orang itu untuk melakukan perkara yang membuatkan dia bahagia. Saya merasakan itu ialah cinta sejati.

Usik Jun So-min,

Kalau itulah asas percintaan, bermakna awak cintakan Se-chan.

kim jongkook jun somin

Jun So-min turut mengatakan bahawa dia mahu mengikut Kim Jong-kook ke Amerika Syarikat untuk konsertnya.

Okay kalau saya mengikut Yang Se-chan ke konsert awak? Tapi saya ajaknya, dan dia kata tak mahu.

Jawab Kim Jong-kook,

Kalau pergi dengan Se-chan okay tapi agak pelik kalau pergi sendiri.

Balas Jun So-min,

Boleh tak kalau saya ajak Song Ji-hyo?

kim jongkook jun somin

Kata Kim Jong-kook,

Agak pelik kalau saya berada di Amerika Syarikat dengan dia, kini.

Produser ‘GYM Jongkook’ kemudiannya membawa ketawa dengan mengatakan bahawa hal itu pastinya akan menjadi bahan untuk dibincangkan dalam pembukaan “Running Man”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...