Ikuti Kami:

“Pelik Kalau Saya Ada Lagi..” – Song Jihyo Dedah Kemungkinan Musim Kedua ‘The Witch’s Diner’

“Pelik Kalau Saya Ada Lagi..” – Song Jihyo Dedah Kemungkinan Musim Kedua ‘The Witch’s Diner’

Tak puas betul menonton 8 episod “The Witch’s Diner”. Banyak lagi yang boleh dikupas sebenarnya daripada drama ini kan?

Tapi disebabkan lahiriahnya adalah drama web, jumlah episod itu adalah normal sahaja. Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek.

Oleh kerana ianya mendapat sambutan ramai dek plot yang mantap selain keserasian pelakon iaitu Song Ji-hyo, Nam Ji-hyun, Chae Jong-hyeop dan Ha Do-kwon, penonton sebenarnya mengharapkan ada musim kedua untuk drama ini.

Jawab Song Ji-hyo dalam sebuah temubual baru-baru ini,

Para pelakon ada bergurau mengenai musim kedua. Jo Hee-ra telah mewariskan restoran ahli sihir itu kepada anaknya, Jin, jadi agak pelik sekiranya saya muncul lagi. Kalau muncul sekejap sahaja, mungkin okay.

song jihyo the witch's dinerMalah pelakon wanita itu mengatakan bahawa dia akan terus bersetuju sekiranya dipanggil untuk musim kedua “The Witch’s Diner”,

Disebabkan restoran itu ialah milik Jin sekarang, saya berminat untuk bekerja bersama sekiranya bantuan diperlukan. Walaubagaimanapun, penonton perlu melihat restoran sihir yang dimiliki Jin kini.

Untuk pengetahuan, drama fantasi gelap ini membawa kisah restoran ahli sihir yang menjual makanan. Ia membantu merealisasikan impian sesiapa dengan meminta pertukaran nyawa pelanggan tersebut.

Korang okay tak kalau “The Witch’s Diner” ada musim kedua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...