Ikuti Kami:

Pelbagai Teori Baru ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Muncul, Sangtae & Munyeong Dikatakan Adik-Beradik?

Pelbagai Teori Baru ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Muncul, Sangtae & Munyeong Dikatakan Adik-Beradik?

Tinggal 4 episod sahaja lagi, semakin banyak teka-teki yang bermain dalam minda penonton selepas menyaksikan episod paling latest “It’s Okay To Not Be Okay”. Semuanya nyata tak tidur lena apabila memikirkan ketiga-tiga watak utama iaitu Ko Mun-yeong (Seo Ye-ji), Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) dan Moon Sang-tae (Oh Jung-se) ini yang mungkin mempunyai kaitan menyedihkan pada masa lampau dahulu.

Berdasarkan apa yang ditebak oleh Gang-tae, kemungkinan besar ibu Mun-yeong ialah dalang sebenar kepada pembunuhan ibunya dan Sang-tae. Selepas pendedahan ini, penonton mula mempersoalkan pelbagai perkara seperti siapakah sebenarnya yang dibunuh Ko Dae-hwan? Bagaimana mayat ibu Mun-yeong boleh hilang? Adakah Jururawat Park mempunyai kaitan dengan keluarga Ko?

teori it's okay to not be okay

Kisah dongeng ‘The Tale Of Two Sisters’

Semakin merunsingkan apabila drama ini sepertinya memberikan spoiler kepada plot akan datang menerusi tajuk episod ke-13 nanti iaitu ‘The Father Of A Tale Of Two Sisters’. Bagi yang tidak tahu, tajuk itu seakan sama dengan satu kisah dongeng yang popular di Korea iaitu ‘Janghwa Hongryeon Jeon’ (The Tale Of Two Sisters).

teori it's okay to not be okay

Kisah dongeng itu menceritakan tentang dua adik-beradik perempuan yang kematian ibu kandung dan menerima ibu tiri baru selepas ayah mereka berkahwin lain. Yang menyeramkan mengenai cerita ini ialah ibu tiri tersebut berterusan mahu menyakiti adik-beradik tersebut tanpa pengetahuan suaminya. Bahkan kisah ini pernah diadaptasi sebagai sebuah filem ‘Tale Of Two Sisters’ pada tahun 2003 di mana ia turut menyentuh isu psikologi iaitu kecelaruan identiti disosiatif.

Sekiranya episod seterusnya mempunyai kaitan dengan kisah dongeng ini, bermakna ia mungkin akan menyentuh kehidupan Mun-yeong semasa kecil. Sepertinya wanita itu bukanlah anak tunggal seperti yang disangkakan, sama ada dia memiliki kembar atau pun adik-beradik lain yang sudah pun mati akibat perbuatan ibunya. Walaubagaimanapun, ini hanyalah teori kasar sahaja dan belum dapat dipastikan kebenarannya.

teori it's okay to not be okay

Mun-yeong dan Sang-tae adalah adik-beradik?

Bahkan lebih mengejutkan apabila ramai yang menebak bahawa Mun-yeong dan Sang-tae sebenarnya adalah adik-beradik. Tetapi disebabkan oleh ibu Mun-yeong yang sangat mementingkan kesempurnaan, antara ayatnya kepada anak perempuannya itu,

Awak adalah ciptaan terhebat saya.

teori it's okay to not be okay

Berkemungkinan besar terdapat ‘ciptaan’ lain sebelum Mun-yeong yang tidak memuaskan hatinya. Di sinilah Sang-tae memainkan peranan sebagai seorang yang tidak sempurna di mata ibu Mun-yeong sehingga dia dibuang namun ibu Gang-tae yang baik hati telah mengambil anak lelaki yang kasihan itu sebagai anak angkatnya.

Tambahan pula, baru-baru ini, ibu Mun-yeong telah menyatakan bahawa dia tahu untuk menjaga anaknya sendiri selepas menikam leher ibu Gang-tae di satu terowong gelap. Ramai yang menebak bahawa ‘anak’ yang dimaksudkan itu ialah Sang-tae.

teori it's okay to not be okay

Malah ada juga yang mengagak bahawa ibu Mun-yeong itu sebenarnya ialah ibu tirinya sahaja memandangkan wanita itu berulang kali menegaskan bahawa dia adalah anak yatim. Kalau anda perasan, pada episod lepas, terdapat banyak babak yang mengaitkan Mun-yeong yang sepertinya sama dengan Sang-tae.

teori it's okay to not be okay

Banyak betul persoalan! Yang pastinya hanya tinggal lagi 4 episod sahaja sebelum semua teka-teki ini terjawab. Saksikan “It’s Okay To Not Be Okay” pada setiap Sabtu dan Ahad, hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...